Wednesday, July 10, 2013

Penyiasat Remaja Ulang Tahun ke-20 No 2

Kes Pembunuhan Makmal Kanibalisme
Hajime dan Miyuki melawat Kampung Hitokui, sebuah kampung terpencil yang terletak jauh di pinggiran bukit, setelah dipelawa oleh Mayu Midorikawa, rakan sekelas mereka semasa di sekolah menengah rendah dulu. Mereka berdu abermalam di sebuah makmal yang bernama Makmal Kanibalisme dan menjadi saksi kepada 3 kes pembunuhan bersiri, Makan Daging Manusia (Hitokui). Rupanya, dalang disebalik Kes Makmal Kanibalisme ini adalah penuntut bela kematian ayah Mayu yang telah mati dibunuh orng, 2 tahun dahulu!

Kes Pembunuhan Khazanah Kota Bertembok Kowloon Hong Kong
Haijme dan Miyuki melawat kota lagenda yang padat penduduknya di Hong Kong, bernama Kowloon. Kota yang bertembok ini telah dirobohkan 20 tahun yang lalu. Akan tetapi, syaitan durjana yang terselindung di sebalik nama, 'Naga Beracun' (Dokuryuu), berkelana di kota ini. Miyuki tiba-tiba diculik orang. Hajime pula bertemu dengan seorang gadis, yang saling tak tumpah seperti Miyuki... Di tubuh gadis ini, tersembunyi rahsia yang menjadi kunci untuk mencari khazanah terkutuk, 'Mata Naga' (Dragon Eyes)!

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.