Juara Bola keranjang Act 3 No 1
Kerana pernah berlaku insiden keganasan, semua aktiviti Persatuan Bola
Keranjang Lelaki Sekolah Menengah Tinggi Mizuho, telah diberhentikan.
Persatuan bola keranjang yang hampir bubar ini menjadi aktif semula,
setelah Kazuhiko Aikawa, iaitu bekas kapten Pasukan Bola Keranjang
Sekolah Tinggi Tendouji, yang juga digelar sebagai raja bola keranjang,
menyertai Pasukan Bola Keranjang Sekolah Mizuho.
Salah seorang yang terlibat dalam kejadian keganasan dulu, adalah bekas ketua jurulatih yang bernama Kaoru Shimojo. Dia sudah menjadi ketua jurulatih Persatuan Bola Keranjang Sekolah Tinggi Narito Chuoh sekarang. Pasukan Misuho menjalankan latihan bersama Pasukan Narita Chuoh, dan berjaya mencatatkan kemengangan dalam perlawanan persahabatan. Kemenangan itu meyakinkan pihak Sekolah Mizuho, mengaktifkan semula Persatuan Bola Keranjang Lelaki Mizuho.
Setelah mengadakan latihan intensif, dan melalui banyak perlawanan yang sengit dan mencabar, Mizuho berjaya melayakkan diri ke pusingan awal inter-high. Pasukan Mizuho menewaskan Pasukan Fukuoka Kyukodai dalam pusingan pertama, Pasuka Kadena Nishi di pusingan kedua, Pasukan Shonandai Sagami dan Akita Jyohoku di pusingan ketiga dan keempat, lalu melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Lawan mereka di pusingan separuh akhir adalah Pasukan Narita Chuoh. Inilah pertemuan mereka yang ketiga, setelah perlawanan persahabatan dan Pertandingan Kanto untuk kelayakan pasukan baru. Keputusan pertandingan antara mereka adalah 1 kali menang dan 1 kali kalah. Perlawanan kali ini akan membuktikan perkembangan Mizuho sebagai satu pasukan bola keranjang yang ditakuti orang, menebus maruah yang telah dicemarkan oleh bekas ketua jurulatih, serta membuka pintu masa depan yang cemerlang untuk Sekolah Mizuho!

0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.