Wednesday, July 23, 2014

Naruto

Dulu ada momok rubah buat hal, momok ini ada 9 ekor, bile ekornya digoyang, gunung bergoncang, laut bergelora. Penduduk kampung tidak tahan, lalu meminta bantuan ninja. Salah seorang ninja yang gagah berani berjaya menyalutkan momok rubah dengan ilmunya. Malang sekali nyawa ninja itu tergadai juga, nama ninja itu ialah Hokage...

Buku pertama, mengisahkan tentang Naruto, anak kecil yang melakukan pelbagai perkara hanya untuk di iktiraf oleh penduduk kampung Konoha. Setelah sering gagal dalam ujian menjadi ninja junior. Seorang pembelot bernama Mizuki cuba mengambil kesempatan dengan memperdayakan Naruto untuk mencuri Skroll ninja milik Hokage pertama.

Cikgu Iruka berjaya menjumpai Naruto tetapi terhalang dengan serangan Mizuki. Hati dan perasaan pembaca paati tersentuh dengan ucapan dan kata- kata Cikgu Iruka tentang Naruto.
Akhirmya naruto berjaya menjadi Ninja bawahan dan diletakkan didalam kumpulan 7 bersama Sasuke dan Sakura. Kumpulan 7 dijaga oleh Ninja atasan bernama Hatake Kakashi.. 



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.