Friday, April 30, 2010

Penutupan Sementara Hentian Puduraya


Seperti yang telah sedia maklum, hentian puduraya telah ditutup buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian. Hentian Puduraya dijangka akan dibuka semula pada bulan 8 atau bulan 9 tahun 2010. 

Semua bas-bas dan kedai-kedai yang beroperasi didalam puduraya telah dipindahkan untuk sementara waktu ke Bukit Jalil. Namun begitu, setelah mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan, kami Humairah Resources @ b4comic.com tidak berpindah ke bukit jalil. Oleh itu segala urusan pembelian boleh dibuat melalui tempahan online sahaja. 

Operasi laman web kami tetap berjalan seperti biasa. Anda boleh hubungi saya sekiranya ada sebarang pertanyaan. sales@b4comic.com 

Sehingga sekarang ramai pelanggan yang menghubungi saya bertanyakan kedudukan kedai di bukit jalil dan bagaimana cara untuk membeli koleksi-koleksi komik. Jawapanya, kami tidak berniaga di bukit jalil dan sebarang tempahan hanya melalui laman web b4comic.com. 

Saya bagi pihak b4comic.com @ Humairah Resources mengucapkan terima kasih terutamanya kepada semua pelanggan-pelanggan kami dan juga kepada semua pengunjung Hentian Puduraya. 

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.